Friday, June 3, 2011

Bangkai - Episod 1

Seluruh bandaraya Alor Star kini malap,tidak lagi terang benderang seperti malam-malam yang sebelumnya. Keadaan seperti berlaku huru-hara yang dasyat. Jalan raya lengang dan kotor dipenuhi sampah sarap. Keadaan seperti manusia sudah pupus dari muka bumi ini. Sunyi sepi.

Dalam kegelapan malam itu,terlihat satu bayang-bayang manusia. Dia seperti bersembunyi dari sesuatu. Bayang-bayang itu sedang duduk di belakang sebuah kerusi batu dalam sebuah taman permainan. Bayang-bayang itu adalah seorang lelaki bernama Amy. Dia termengah-mengah dan matanya asyik memerhati kekiri dan kekanan. Tangan kanannya memegang dada,kepenatan seperti baru lepas berlari keliling padang stadium sebanyak 10 pusingan. Pakaiannya agak comot.

Amy mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dia cuba menghubungi Mira, kekasihnya. Tetapi yang kedengaran hanyalah " maaf, nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi... ". " Ya Allah..." keluh Amy. Amy memasukkan telefon bimbit ke dalam poket seluarnya. Tiba-tiba, dia terdengar suatu bunyi. Bunyi itu seperti orang sedang berjalan di sebalik kerusi batu itu.

Amy pun dengan perlahan-lahan cuba melihat apa yang ada dibelakangnya melalui sisi kerusi batu itu. Dia ternampak ada seorang budak lelaki ditengah-tengah taman permainan itu. Budak lelaki itu dalam lingkungan umur 8-9 tahun. Dia berjalan perlahan-lahan seperti tidak ada arah tujuan sambil kepalanya tunduk melihat tanah.

Dengan pantas Amy bangun dan berlari ke arah budak itu.Amy berhenti dihadapannya sambil melihat sekeliling untuk memastikan ibu bapa budak itu ada berhampiran. Akan tetapi tidak ada sesiapa pun disitu melainkan mereka berdua sahaja. " Adik buat apa sorang-sorang kat taman permainan malam-malam ni? Rumah adik kat mana? " tanya Amy. Soalan Amy itu tidak dijawab. Budak itu masih menundukkan kepalanya. Amy pun membongkokkan badannya supaya dia dapat melihat muka budak itu.

Amy terkejut melihat ada luka di lengan kanan budak itu. Luka itu seperti kesan gigitan dan darah masih menitis. " Kenapa ni? " tanya Amy sambil membelek-belek kesan luka itu. Budak itu dengan perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Amy terkejut melihat muka budak itu. Matanya putih kesemua. Kulit disekeliling mata pula kemerah-merahan dan mukanya pucat. " Adik........".

Budak itu membuka mulut dengan luas," aaaaaaaaarrrrrggghhhhhhhhhhhhh! " jeritan yang nyaring itu keluar dari mulut budak itu. Budak itu terus menerkam Amy dengan pantas. Dan...............

BERSAMBUNG





Dipetik Oleh Angah Cole/bangkaiseries.blogspot.com/