Sunday, June 10, 2012

Hidup Berdikari makan kari ;)

June , sekarang dah bulan 6. dah 5 bulan aku dah habis sekolah :) Yeayyy , rindu nak sekolah balik, eh ? bukan bukan. Rindu dekat suasana sekolah :') bangun pagi lepak kedai pak haji dulu ,haha lekk luu sap kok lu ,bak kata Jack di pagi hari. hahaha. Okay , sekarang aku dah tak sekolah , maknanya aku sudah besar, kan kan kan ? Dah takpayah pakai serangam sekolah bagai. hehehe biasa latu baru boleh jadi bro bro otai. HAHA. Dah besar pon kene pandai cari duit sendiri. Dah tak boleh nak harapkan mak bapak sangat dah, pandai pandai fikir la kan , awak dah besarr. Hahaha , macam aku sekarang ni , makin besar makin banyak masalah , takpe. Aku tahu aku kuat , Aku boleh hadap semua masalah ni. InsyaAllah ;) Aminn.


Aku sekrang dah 18 tahun , dewasa atau remaja ? hmmm mesti la remaja sebab belas belas lagi :p hehehe. Korang nak tahu macam mana cara Aku hidup lepas sekolah ? mehh Aku cerita , kalau ada yang sudi nak membaca la kan ? kalau taknak takpa , Aku tak paksa kau pon boleh berambuss dari sini, hahaha. Okayy , lepas je habis SPM aku balik kedah amik kereta bapak aku , kereta Wira , kiranya aku  nak pakai la kereta tu. Okay sekrang kereta tu memang dah ade dengan Aku , dah tukar enjin bagai , tapi masalahnya enjin tu tak tukar habis olehh kerana aku takut nak bawak sebab haritu dah kene tahan dengan polis lepastu cermin pulak pecah maka tersadai la kereta tu dekat rumah. Lebih kurang sebulan laa kereta tu tak berjalan :( Aku rindu nak bawak kereta tu sebenarnya haishhhh. sayang betul la.


Lepass amik kereta tu , Aku menganggur beberapa bulan jugak la , duduk rumah main cc je keje aku haishh -.- teruk kan perangai ? biasa la habis sekolah mesti nak enjoyyyy hahaha. Tapi sekejap je , lepastu Aku kerja dekat A&W taman connought bersama Adeebbbb. Aku rase Aku masuk kerja bulan dua kot , entah laa. Tapi kerja tu tak la penat mana cuba aku bosan asyik bergaduh je dengan staff A&W dan asyik asyikk kene moppp mopp moppp jee naik bosan Aku , hahahaha kerja dua Bulan aku berhenti. Gaji aku bulan pertama , 800 berapa tahh , tu pon full takde mc tau :3 hehe. Pastu Gaji kedua Aku sebelum berhenti 600 lebih je , pundek makin sikit kan ? Lepas je Aku berhenti , teruss tutup bukak dekat petronas damai perdana , member aku yang masih berkerja dekat situ berkata , "Penat siott kerja dekat tempat baru ni , busy nak mampos!!" hahahahahahha aku kata padan muka lalu dia pon berhenti sama , hahaha gaji skit kerja macam anjing siapa mau ? betul tak ? hahahha.

Dengan gaji 600 ratus tu aku pon enjoy laa sebulan hehehe, mase aku takda kerja tu Paan tanya aku nak kerja dekat starbuck tak ? aku fikir fikir fikir fikir , hmmmmmmmmmm korang ingat Aku fikir apa ? aku fikir pasal transpot nak pergi sana laa adoii. Pastu paan dah desak aku suruh kerja dari aku buang masa dekat cc je , aku pon terima. Maka Paan pon baak Aku jumpa kawan dia dekat OldTown Alam damai :) pastu sembang sembang pasal kerja , dia pesan kat aku . " Masa Interview nanti kau senyum je , konfem dapat!!" hahaha aku pon gelakk pastu aku buat la apa dia cakap , hari interview tu memang aku senyum la kan heheh. Masa interview Nashriq la teman aku , heheh Terima Kasih Nashriq , kau lah sahabat aku sampai meninggal :) hmm, lalu aku pon dapat kerja dekat starbuck , fulltime :d sebab part time dah penuhh. Aku kerja 23 april sampai sekarang dan aku enjoy dekat situ, dengan ini Aku nak berterima Kasih dekat Mohn Farhan kerana memberi saya tempat mencari rezeki sesungguhnya rzeki itu semua datangnya dari Allah SWT taa'ala :) dan Nashriq Elmey kerana sanguup bangun pagi menemani saya interview pada hari itu :) 


Nampak tak ? Aku dah hidup berdikari , cari kerja , cari wang , tunggu masa nak cari tempat tinggal sendiri je , aku pon dah tak tahan nak duduk sini , bukan apa. Aku rimas dengan adik adik aku ni je. Tak tahan dohhh serioussss huru hara. hahahahah. Tunggui ekonomi aku dah stabil sikit dah bola tanggung makan minum sendiri , ehhh aku rase aku dah jarang makan dekat rumah ohh. Yela Aku kerja dah la tak menentu , dapat closing lagi la balik 130 memang takde life , bangun tidur g kerja , kalau cuti keluar jumpa Hurin tak pon jalan jalan cari pasal hahahahah gentle memang jarang sekali la aku makan masakan mak aku :( Hari hari aku pakai baju starbuck je , baju dalam almari tu entah bila aku nak pakai ! hahahah biasa la budak dah kerja kan ? cehhh bajet la kau ni Aqim :p

Ahhh cukup cukup sudah la tu cerita pasal ni , korang bukan nak amik tahu ponkan ? aku saja je nak cerita , sebab aku rase aku dah takde tempat nak mengadu nasib , dah rase macam FOREVER ALONE ! hmmmm sedihhkan ? hhm nak buat macam mana nasib badan :) heheh. Tapi takpe , aku bersyukur aku ada mak bapak lagi , aku bersyukur aku ada tempat tinggal , aku besyukur sebab aku ada kawan kawan , aku bersyukur aku jumpa Hurin Diyanah :) hmmm. Walaupon banyak maslah datang dalam hidup aku , aku masih kuat hadapi sebab aku korangkan ade ? ehh ? hahahahah k lahhh dah la tu mengarutt , hmm bye semua bye bye bye bye byeee jumpa lagi , salam :)